Kelas Mahir Masak Modul 15 - Pengiraan Kos Bagi Menentukan Harga Jualan Produk
13 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2026, telah diadakan Kelas Mahir Masak Modul 15 bertajuk “Pengiraan Kos Bagi Menentukan Harga Jualan Produk”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.
Pembelajaran Mahir Masak minggu ini adalah mengenai cara kira kos-kos bahan mentah yang terlibat bagi produk-produk makanan yang dibuat sebelum menentukan harga jualan. Cara mengira kos bahan-bahan dibuat menggunakan excel yang telah diletakkan senarai bahan-bahan dan formula bagi memudahkan pengiraan dibuat. Selain itu, turut diadakan sesi kuiz menggunakan Kahoot bagi menguji kefahaman peserta berkaitan topik tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: